Kerja Terkini

PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM PELAN PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

Pada 16 Januari 2024, satu Sesi Dialog bersama penduduk Kampung Kawayoi telah dirasmikan oleh YB Datuk Masiung Banah, dihadiri Pengurus Besar SEDCO, En Haizar Razif Hisyam dan Pengarah Urusan Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd, En Michael Kinsuan. Sesi itu merangkumi Pelan Pembangunan dan Kesan Alam Sekitar Bersepadu Simen & Loji Klinker, dan juga memberi fokus kepada manfaat seperti peluang pekerjaan, bekalan elektrik, dan pembaikan jalan untuk masyarakat Kampung Kawayoi.